Friday, August 29, 2008

Cabaran Dugaan Namun Ramadhan Kurindukan

Setelah hampir sebulan berhenti kerja,harapan agar projek jualan dedak padi dan penanaman cendawan menjadi sumber pendapatan masih lg kabur,ada beberapa hamba Allah menelefon bertanyakan tentang dedak padi,menempah sampai 10 tan tp sampai hari ni tiada maklum balas.mungkin keputusan berhenti kerja satu kesilapan besar saya buat,apa pun saya masih harapkan pemindahan bongkah cendawan ke rumah saya akan memberi hasil pendapatan walau sikit kerana ruangan yang terhad.Saya tidak boleh harapkan jualan dedak padi lagi memandangkan tiada sokongan dari pembeli.

Bulan Ramadhan kian menjelma,bulan penuh keberkatan,penuh ganjaran,moga di bulan yang mulia ini kita banyakkan amalan menginsafi diri mendekatkan diri pada yang Esa.saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat berpuasa,selamat beribadat dan selamat beramal.Ghadan Ramadhan,aku rindukan bulan Ramadhan.

Tuesday, August 12, 2008

Rumah Baru,Kerjaya Baru


Akhirnya saya membuat keputusan yg besar dalam hidup iaitu berhenti kerja,agak sukar bila memilih bekerja sendiri daripada makan gaji,saya ingin menumpukan projek tanaman cendawan dan menjual dedak padi.semoga mendapat sokongan daripada rakan usahawan.Rumah sewa baru saya mempunyai ruang sesuai untuk penanaman cendawan.projek sekarang?????nampaknya terpaksalah dibawa ke sini,lebih baik daripada dikatakan menyusahkan orang lain.

Buat masa ini saya berehat fikiran dengan mencari ilham dan membuat perancangan.Mula2 saya melawat ekspo Enterprise di PWTC,namun ianya tak seperti yang diharapkan,banyak usahawan yang tiada kaitan dengan penanaman cendawan.

Pada 9hb Ogos plak,saya melawat projek Kulat Enterprise,banyak yang dapat saya pelajari dari En.Ramle,beliau tak lokek berkongsi maklumat dan idea,terima kasih saya ucapkan.Cadangan tu nak singgah kat MAHA pada 11hb Ogos,namun masa tidak mengizinkan,saya bercadang untuk melawat MAHA pada 17 Ogos (my birthday),rugi rasanya kalau tak mencungkil ilmu dan mencari rakan usahawan pertanian.Kalau ada rakan yang pergi ke MAHA pada haru tersebut,bolehlah hubungi saya,boleh gak berkenalan.

Monday, July 21, 2008

Kerja makan gaji atau Kerja Sendiri????







15 Julai lepas aku memulakan kerja baru sebagai supervisor kilang,,namun aku rasakan terlau terkongkong dengan suasana kerja baru ini,setiap hari balik kerja malam,anak2 dah kurang dapat bermanja,sedih memikirkan.Namun aku bertekad,,ingin mencari modal memulakan kerjaya sendiri,






20 Julai,aku balik ke kampung membuat tambahan bongkah cendawan bagi memastikan stok pengeluaran tidak putus,nasib baik ada keluarga membantu dan aku juga mengupah seorang pembantu membuat bongkah,Minggu depan ,,InsyaAllah ada bakal pengusaha cendawan ingin berkursus,kini aku mencari tambahan maklumat agar ilmu tanaman cendawan itu dapat disampaikan semaksima mungkin.






Wednesday, July 9, 2008

Ahli keluarga baru dan rakan baru













Kelahiran anak sedara yg dinanti2 akhirnya berakhir,namun kelalaian pihak hospital Manjung hampir meragut nyawa anak kecik ini,ibunya yg sakit hendak bersalin dibiarkan hampir 2 jam kesakitan dan diberi suntikan ubat yg menyebabkan rasa mengantuk.bagaimana anak kecil itu boleh lahir ketika ibunya tertidur,akhirnya anak kecil itu kelemasan dan lahir dgn tubuh kebiruan,ketika kami datang melawatnya,anak kecil itu telah dimasukkan di wad rawatan rapi,kami x dibenarkan masuk,hanya mampu melihat dr kaca tingkap,semoga beliau segera sembuh.
Setelah hampir 2 minggu terbengkalai,akhirnye siap juga ruang tambahan bangsal cendawan ,letih gak sorang2 pasang atap.Memang susah nk berjaya,namun rasa kepuasan di hati melihat hasil titik peluh sendiri,Pada pagi Ahad lepas,saya menerima kunjungan Hj Sarkawi bersama anaknya melihat dan menimba pengalaman menanam cendawan.
Beliau seorang pesara kakitangan kerajaan menyediakan modal kepada anak lelaki beliau mengusahakan projek pertanian seperti tanaman serai,cendawan dan ternakan lintah.Pada tghr Ahad itu juga kami mengunjungi seorang gadis pengusaha cendawan di Batu Hampar,kami kagum dgn kegigihan beliau mengusahakan penanaman cendawan berseorangan.Kami juga menempah habuk kayu bagi menambah stok bongkah dan penyediaan bongkah baru untuk Hj sarkawi.kami akan mengambil bekalan habuk kayu pada hari sabtu depan.
Hari ini saya menerima tempahan dedak padi dr Bernas Sg Manik,harga sudah naik namun masih dibawah RM1.00 /kg,sesiapa mahu menempah stok dedak padi dr Bernas boleh hubungi saya,

Thursday, July 3, 2008

Tambahan Ruangan Bangsal











Hasrat untuk menambah ruang bangsal akhirnya tercapai,ini bagi memudahkan kerja membancuh dan menyimpan barangan proses,hanya tinggal kerja2 memasang atap yg masih belum selesai,hujan membantutkan hasrat menyiapkan ruang tersebut.Pada hari Ahad tu juga,saya menerima lawatan dr Shah Alam,3 anak muda menunjukkan minat dengan projek cendawan dan kami memberikan penerangan yang sewajarnya,mungkin akan bertambah pengusaha cendawan kelak

Selain dari memudahkan kerja menyiapkan bongkah,tambahan ruang itu juga bagi memberi keselesaan beberapa bakal usahawan yang ingin mendapatkan kursus dan khidmat nasihat dari kami,pada hari ahad depan,saya akan menerima kunjungan dari seorang bakal usahawan cendawan dari Tg Blanja.

Friday, June 27, 2008

KAWAN

KAWAN ...
BILA RASA INGIN MENANGIS ... HUBUNGILAH AKU
BUKAN AKU NAK SURUH KAU BERHENTI MENANGIS
TAPI MUNGKIN AKU BOLEH MENANGIS BERSAMAMU

KAWAN ...
JIKA TERASA TIBA2 NAK MELARIKAN DIRI JAUH DARI MASALAH
HUBUNGILAH AKU ...
AKU TAKAN SURUH KAU BERHENTI ... TAPI ...
MUNGKIN AKU AKAN BERLARI BERSAMA KAU
AGAR MASALAH KAU BOLEH SELESAI

KAWAN ...
JIKA TIBA2 KAU DITINGGALKAN KEKASIH KAU
HUBUNGILAH AKU ...
AKU TAKAN MEMAKI HAMUN X-MAKWE / X-PAKWE KAU ... TAPI
AKU AKAN CUBA BUAT KAU CINTAI DIRI KAU SENDIRI

KAWAN ...
JIKA KAU KECEWA KELUARGAMU TAK BAHAGIA
BERITAHULAH AKU ...
AKU TAKAN BUAT KAU BENCI KEPADA IBU BAPA KAU
TAPI TERIMALAH SEGALA KETENTUAN ILLAHI

KAWAN ...
JIKA KAU KECEWA PERKAHWINAN KAU SUATU HARI NANTI
CERITALAH PADA AKU ...
AKU TAKAN SEBUT NAMA PEREMPUAN / LELAKI ITU
TETAPI ... CUBALAH JADI LELAKI / WANITA YANG
LEBIH SOLEH / SOLEHAH

TETAPI KAWAN ...
JIKA SUATU HARI AKU BERDIAM DIRI
AKU TIDAK MEMBALAS MESSEGEMU
AKU TIDAK ANGKAT PANGGILAN DARIMU
HUBUNGILAH AKU SEGERA
SEBAB WAKTU ITU AKU ...
AKU PERLUKAN KAU ...
UNTUK MENDOAKAN KESEJAHTERAAN AKU ...