Wednesday, July 9, 2008

Ahli keluarga baru dan rakan baru













Kelahiran anak sedara yg dinanti2 akhirnya berakhir,namun kelalaian pihak hospital Manjung hampir meragut nyawa anak kecik ini,ibunya yg sakit hendak bersalin dibiarkan hampir 2 jam kesakitan dan diberi suntikan ubat yg menyebabkan rasa mengantuk.bagaimana anak kecil itu boleh lahir ketika ibunya tertidur,akhirnya anak kecil itu kelemasan dan lahir dgn tubuh kebiruan,ketika kami datang melawatnya,anak kecil itu telah dimasukkan di wad rawatan rapi,kami x dibenarkan masuk,hanya mampu melihat dr kaca tingkap,semoga beliau segera sembuh.
Setelah hampir 2 minggu terbengkalai,akhirnye siap juga ruang tambahan bangsal cendawan ,letih gak sorang2 pasang atap.Memang susah nk berjaya,namun rasa kepuasan di hati melihat hasil titik peluh sendiri,Pada pagi Ahad lepas,saya menerima kunjungan Hj Sarkawi bersama anaknya melihat dan menimba pengalaman menanam cendawan.
Beliau seorang pesara kakitangan kerajaan menyediakan modal kepada anak lelaki beliau mengusahakan projek pertanian seperti tanaman serai,cendawan dan ternakan lintah.Pada tghr Ahad itu juga kami mengunjungi seorang gadis pengusaha cendawan di Batu Hampar,kami kagum dgn kegigihan beliau mengusahakan penanaman cendawan berseorangan.Kami juga menempah habuk kayu bagi menambah stok bongkah dan penyediaan bongkah baru untuk Hj sarkawi.kami akan mengambil bekalan habuk kayu pada hari sabtu depan.
Hari ini saya menerima tempahan dedak padi dr Bernas Sg Manik,harga sudah naik namun masih dibawah RM1.00 /kg,sesiapa mahu menempah stok dedak padi dr Bernas boleh hubungi saya,