Friday, August 29, 2008

Cabaran Dugaan Namun Ramadhan Kurindukan

Setelah hampir sebulan berhenti kerja,harapan agar projek jualan dedak padi dan penanaman cendawan menjadi sumber pendapatan masih lg kabur,ada beberapa hamba Allah menelefon bertanyakan tentang dedak padi,menempah sampai 10 tan tp sampai hari ni tiada maklum balas.mungkin keputusan berhenti kerja satu kesilapan besar saya buat,apa pun saya masih harapkan pemindahan bongkah cendawan ke rumah saya akan memberi hasil pendapatan walau sikit kerana ruangan yang terhad.Saya tidak boleh harapkan jualan dedak padi lagi memandangkan tiada sokongan dari pembeli.

Bulan Ramadhan kian menjelma,bulan penuh keberkatan,penuh ganjaran,moga di bulan yang mulia ini kita banyakkan amalan menginsafi diri mendekatkan diri pada yang Esa.saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat berpuasa,selamat beribadat dan selamat beramal.Ghadan Ramadhan,aku rindukan bulan Ramadhan.