Friday, August 29, 2008

Cabaran Dugaan Namun Ramadhan Kurindukan

Setelah hampir sebulan berhenti kerja,harapan agar projek jualan dedak padi dan penanaman cendawan menjadi sumber pendapatan masih lg kabur,ada beberapa hamba Allah menelefon bertanyakan tentang dedak padi,menempah sampai 10 tan tp sampai hari ni tiada maklum balas.mungkin keputusan berhenti kerja satu kesilapan besar saya buat,apa pun saya masih harapkan pemindahan bongkah cendawan ke rumah saya akan memberi hasil pendapatan walau sikit kerana ruangan yang terhad.Saya tidak boleh harapkan jualan dedak padi lagi memandangkan tiada sokongan dari pembeli.

Bulan Ramadhan kian menjelma,bulan penuh keberkatan,penuh ganjaran,moga di bulan yang mulia ini kita banyakkan amalan menginsafi diri mendekatkan diri pada yang Esa.saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat berpuasa,selamat beribadat dan selamat beramal.Ghadan Ramadhan,aku rindukan bulan Ramadhan.

10 comments:

ayne said...

Salam Nizam, keputusan tu mmg dah betul, namun dunia perniagaan mmg tak semudah atas kertas. Terus terang saya cuma tau sedara jual dedak padi hari ni. Maknanya promosi kurang. Kene lebihkan usaha. Mungkin melalui Gabungan Cendawan Se-Malaysia yang kami dah mulakan di Kulat Enterprise kita semua boleh sama2 ke hadapan. Sebab suara kumpulan sememangnya lebih didengar dari suara individu. Good Luck, to all of us.. insyaAllah

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam Nizam, betul kata Ayne tu..dalam perniagaan kita seharusnya tabah dan sabar dalam apa jua keadaan, mahupun baik atau pun tidak. Itu semua adalah ujian. Kekayaan adalah DUGAAN dan kejatuhan juga adalah DUGAAN. Cuma bezanya bagaimana kita hendak lalui kedua2 keadaan itu supaya ingatan kita sentiasa INGAT akan DIA..percayalah.. Hari ini kita diberi kesulitan supaya kita lebih kreatif berfikir untuk mancari jalan bagimana mengatasi masalah ini dan selepas kita (D.U.I.T) Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal dan akhirnya kita serahkan padaNya.. Insyaallah, kesenangan dan kenikmatan akan menyusul pula.
-iETA TAA-

Anonymous said...

Salam Bro NIzam,
Jangan putus asa dan menyesal atas tindakan bro!
Bro NIzam,
Saya ingin beri sedikit komen pada saudara Nizam.
Bro,
Betul kata Ayne dan Ita TAA,
Business nie bukan mudah bro,
Kene ambil masa dan tak mudah putus asa.
Bro Nizam boleh juga tanya Pak Said Sg Udang tentang pengalaman business dia.Jatuh bangun busines ni.
Saya ada banyak kali rasa jatuh bangun busines nie...If nak cerita panjang,tapi kita mesti sabar dan mesti kalis dugaan...
Apa yang bro NIzam rasa tuh biasa,tapi saya yakin bro Nizam boleh atasi masalah ini perlahan-lahan...insyallah.

Unknown said...

Selamat Hari Raya maaf zahir & batin buat En Nizam & Family.. Ikhlas dari Tunas Alam Agrotech

CikguZue said...

salam ziarah,
teruskan perjuangan, insya-Allah berjaya.

Global Excellent Marketing Sdn.Bhd (GEM) www.gemsb.com said...

sertai forum pertanian & Penternakan di http://www.gem.socialgo.com/forum/top/2 atau http://forum01.tl.my

direktori. himpuanan weblog pertanian & penternakan. www.pertanianmalaysia.blogspot.com

Global Excellent Marketing Sdn.Bhd (GEM) www.gemsb.com said...

DIREKTORI / FORUM Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia, Iklan Percuma, Hartanah, dll - http://gem.socialgo.com

cendawanblues said...

Jemputan ke Minggu Industri Cendawan Di Taman Pertanian Malaysia, anda dijemput hadir:D

Eric said...
This comment has been removed by the author.