Tuesday, August 12, 2008

Rumah Baru,Kerjaya Baru


Akhirnya saya membuat keputusan yg besar dalam hidup iaitu berhenti kerja,agak sukar bila memilih bekerja sendiri daripada makan gaji,saya ingin menumpukan projek tanaman cendawan dan menjual dedak padi.semoga mendapat sokongan daripada rakan usahawan.Rumah sewa baru saya mempunyai ruang sesuai untuk penanaman cendawan.projek sekarang?????nampaknya terpaksalah dibawa ke sini,lebih baik daripada dikatakan menyusahkan orang lain.

Buat masa ini saya berehat fikiran dengan mencari ilham dan membuat perancangan.Mula2 saya melawat ekspo Enterprise di PWTC,namun ianya tak seperti yang diharapkan,banyak usahawan yang tiada kaitan dengan penanaman cendawan.

Pada 9hb Ogos plak,saya melawat projek Kulat Enterprise,banyak yang dapat saya pelajari dari En.Ramle,beliau tak lokek berkongsi maklumat dan idea,terima kasih saya ucapkan.Cadangan tu nak singgah kat MAHA pada 11hb Ogos,namun masa tidak mengizinkan,saya bercadang untuk melawat MAHA pada 17 Ogos (my birthday),rugi rasanya kalau tak mencungkil ilmu dan mencari rakan usahawan pertanian.Kalau ada rakan yang pergi ke MAHA pada haru tersebut,bolehlah hubungi saya,boleh gak berkenalan.

No comments: